Monday, November 9, 2009

This is it





Kebetulan otak saya tidak mampu befikir ketika ini kerana waktu petang bagi saya adalah waktu enjoy dan relaxation.Jadi,saya mengambil langkah untuk menaip di hadapan komputer ini untuk mengisi masa yang ada untuk menunggu waktu maghrib datang menjemput.
Umum tahu,bahawa "This is it"adalah satu rancangan esklusif bagi memperingati bintang dunia yang bara saja berkubur iaitu Micheal Jackson.Banyak konsiprasi yang dicetuskan oleh pelbagai pihak tentang kematian beliau,dan tajuk yang paling hangat pula adalah berita tentang pengislamanya.
Saya tidak mahu mengupas konspirasi itu tapi hanya ingin menulis tentang filem terbaru yang diterbit oleh barisan pemangkunya iaitu filem "THIS IS IT".Filem ini berkonsepkan filem biografi iaitu ia dihasilkan atas dasar hanya untuk memperingati jasa dan riwayat hidup beliau.
Legasi seninya terus bertahta dan mekar di semua hati peminatnya,muzik-muzik bakal menjadi "hall of fame" hingga ke masa depan dan yang menjadi kepastian adalah muziknya akan terus terpapar dan tidak akan tenggelam oleh arus kemajuan seni muzik.
Micheal mempunyai sikap rendah diri walaupun beliau berjaya duduk di atas puncak dunia buktinya adalh beliau amat menyanyangi peminatnya kerana baginya,mereka adalah nadi dan tunjang yang membuat jacko menjadi legenda seniman.
Maka dengan itu,setiap kali Jacko mengadakan konsert ia merupakan konsert yang meletup dan akan dikenang oleh peminatnya hingga ke akhir hayat,bukti yang ketara adalah bagaimana beliau mampu mengeluarkan titisan air mata peminatnya.Jadi,aura yang dimiliki beliau adalah antara yang terhebat di segenap pemuzik dunia.
Biarpun beliau dihadapi dengan pelbagai tomahan dan kemelut yang menyerang peribadinya ,kasih sayang peminatnya tidak pernah luntur walau dengan cara apa sekalipun.
Pada Mac lalu,Micheal telah mengumumkan akan beraksi pada konsert "This is it"yang berlangsung di London .Namun takdir menentukan dan beliau telah kembali kepada penciptanya."Harimau mati maniggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama".
Namanya diperingati bahkan dicatat sebagai antara legenda seniman dan senarai nama beliau dapat disandang bersama Beethoven,Elvis,Mozart dan lain-lain lagi.Irama Pop hanya dikenali semasa era perluasaan beliau.
This is it yang dikategorikan sebagai dokumentari sesi latihan dan video persediaan untuk konsertnya yang akan datang,ia hanya merupakan gambar sesi latihan untuk ditonton oleh Micheal dan Kenny Ortega.
Tapi atas tuntutan ramai ia bertukar menjadi projek penfileman.Dan dia diarah oleh pengarah terkemuka iaitu Kenny Ortega,walau bagaimanapun filem itu dihadapi pelbagai rintangan yang berduri apabila dikritik bahawa motif utama filem itu direalisasikan hanya untuk mengaut keuntungan dari kematian Micheal Jackson.
Yang lagi hebat adalah ada dada akhbar yang menlaporkan bahawa orang di dalam filem itu bukanya Micheal dan digantikan dngan orang lain.
Malah,kaum terdekat Micheal juga menghalang penayangan filem itu,namun setelah berjuang di mahkamah filem itu dapat diluluskan.
Yang paling mengagaumkan adalah usia jacko yang mencecah 50 tahun tapi masih mampu berjoget mengalahkan orang muda,bahkan pergerakanya masih lagi energetik dan bertenaga tanpa dihalang oleh usia tuanya.
Ada yang mengatakan bahawa filem ini mungkin bersifat spektikal dan membayangkan filem ini akan menjadi sebuah dokumentari yang lain,usah bimbang kerana penonjolan Micheal dan lagu-lagunya adalah komponen utama filem ini.
Kalau untuk melihat micheal beraksi di layar lebar akan membuatkan kita terleka dan asyik menikmati tariannya tanpa kita sedari bahawa dia telah pergi meninggalkan kita

1 comment: