Wednesday, November 4, 2009

Masa

Kenangan yang lalu berlalu tanpa kita sedari,setiap masa jam berdetik tanpa henti dan tidak akan kembali,setiap waktu itu jugalah menunjukkan saya semakin merangkak tua.
Umum tahu ,bahawa SPM is "just around the corner" terasa bagai berlalu di kawasan yang dingin sahaja kerana masa itu berlalu terlalu pantas.Rasanya seperti semalam saya bertapak di sekolah TTDI Jaya, tapi check-check dah lebih 11 bulan dah berlalu. Mugkin juga dua bulan terakhir ini merupakan bulan terakhir bagi saya digelar pelajar sekolah,nampaknya saya tidak lagi akan memakai kasut sekolah ,uniform sekolah,tidak lagi berdisplin mengikut peraturan "childhish".Semuanya kan aku tinggalkan walaupun dipaksa kerana itulah fitrah kehidupan.
Kenangan di sekolah ini akan terus terpapar di dalam segenap fikiran saya ,yelah 5 tahun saya lalui takkan boleh lupa kot? Setiap individu yang pernah digelar pelajar tentu ada saat yang di mana kita fikir akan membuat kita tertawa sorang-sorang.
Di sini saya ingin menceritakan sedikit peristiwa yang menjadi legend dalam kenangan satya sewaktu zaman persekolahan saya.Sepanjang berada di bangku sekolah,tahun yang paling memberi kenangan pahit manis adalah sewaktu saya berada di tingkatan 3D.

Pada ketika itulah,aku mula mengenali kaki pukul sekolah yang dikenali sebagai od dan haikal.Kami setiga kawan ini memang selalu berkerja-sama dalam kegiatan haram kami, mana-mana budak yang kerek dengan kawan-kawan kami itulah mangsa kami.Dengar saja kawan complain lantas kami setiga bagai lipas kudung memberi tamparan dengan buku lima dan penyepak maut kepada mangsa tersebut.Astraghfirullahalazim,teruk betul saya ketika itu,dosa bermaharajalela saya lakukan tanpa memikirkan batas-batas agama.Yelah,siapa yang dah biasa pukul orang tu dia tau la camne rasanya ,rasa best,puas dan sebagainya.
Masa gelap itu telahpun berlalu dan digantikan pula dengan masa yang lebih berfaedah lantas membuat tangan dan kaki saya jinak kembali.

Satu lagi adalah operasi membuat guru-guru di kelas saya fedup."Cikgu Masuk je bising"teriakan Pn.Azmah kepada saya.Aku bersama kawan-kawan yang lain menyusun meja di belakang bilik darjah dan membuatnya menjadi satu barisan panjang lantas bermulalah teriakan saya:"Woi,apa lagi buat ombak lah!" arahan saya itu mendapat respons lau mula ombak tangan dapat dilihat terhuyung-hayang dari kiri ke kanan.
Suka cita dimaklumkan saya akan meniggalkan zaman persekolahan,sekolah berperanan untuk mendidik anak muda menjadi insan yang berguna tapi semasa saya berada di zaman 3D dulu ,saya telah menyalahgunapakai kaedah sebenar kenapa kita ke sekolah.Kenakalan saya ini disedari oleh kedua-dua orang tua saya lalu mereka mengambil keputusan menghantar saya ke sekolah agama selama setahun.Pada mulanya agak bosanlah sebab bertukar ke arah kebaikan dengan secara tiba-tiba namun kelamaan sewaktu saya besar nanti saya akan sedar bahawa sekolah agama inilah yang membentuk personaliti baik dalam diri aku.Semuanya adalah kerana pertolongan ALLAH.

No comments:

Post a Comment