Friday, November 6, 2009

UMNO telah relevan



Akibat tamparan dan kekalahan bertubi-tubi sejak PRU ke-12 yang lalu,ia secara saintifiknya telah membuka mata barisan pemimpin-pemimpin kita agar mereka terus kekal relevan dalam memimpin parti yang kita sayangi sejak puluhan tahun yang lalu,Kalau ditanya kenapa sayang UMNO orang akan cakap kerana Tun Dr. Mahathir.Saya pun begitu ,era pemerintahan Tun Dr Mahathir telah menaik taraf Malaysia sebagai negara antarabangsa yang berjaya,beliau juga telah mengiktirafkan kedudukan istimewa orang melayu dan banyak peluang perkerjaan yang telah beliau hadiahkan.Dari sudut ekonomi pula,beliaulah yang selayaknya digelar wira ekonomi atas keberanian beliau melahirkan syarikat-syarikat yang sememangnya diperlukan oleh kita semua.Namun sukacita pemerintahan beliau telah menutup buku dan digantikan oleh pemangkunya.
Sekarang 2009 kita menikmati zaman era Najib Tun Razak yang saya nampak di sini, tugas yang paling mencabar bagi beliau adalah tugas memulihkan semula UMNO akibat hilang kepercayaan masyrakat malaysia terhadap UMNO buktinya kita dapat saksikan pada PRU ke-12 pada tahun 2008.
Syabas,beliau berjaya !Kelihatan rakyat malaysia telah kembali yakin semula kepada pucuk pimpinan UMNO ,langkah-langkah yang beliau lakukan boleh dikatakan bijak dan berinovatif.Satu persatu parah dalam UMNO beliau menyelesaikan dengan cara yang berhemah.Atas usaha beliau itu nampaknya UMNO masih relevan dan PRU ke 13 mungkin akan menyaksikan perlawanan yang sengit.
Sementara masa 3 tahun sebelum PRU ke-13 yang akan kita hadapi, inilah masanya agar Najib bersama barisan pemimpinya bergerak dan buang sikap lama yang "basi" itu.Sikap dan cerminan pemimpin di pandang serius oleh rakyat malaysia,cuba kita perhatikan calon BN di permatang pasir yang mempunyai rekod di mahkamah,lalu apabila tiba Pilihan Raya dia dibidas oleh rakyat di kawasan itu akhirnya menyebabkan BN ditumpas oleh PAS sewenang-wenangnya.Sedarlah para pemimpin semua dan jangan kerana pemimpin kita akan kehilangan UMNO di Malaysia.Jikalau ia berlaku ia merupakan perkara yang amat drastik bagi kita semua ,kalau nenek moyang kita masih hidup tentu mereka sedih kerana UMNO lah satu-satunya parti yang telah lama memimpin Orang melayu agar dapat kita menerusi jurang-jurang untuk terus menjadi bangsa yang berjaya.
Perubahan yang Najib lakukan adalah ketara dan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyrakat.Tapi di sini bukan soal nama yang menjadi isu,tidak semestinya rakyat akan pilih UMNO kalau pemimpinya tidak bagus dan purata untuk perkara ini berlaku adalah tipis sekali,tapi rakyat akan memilih pemimpinya yang bagus,berjiwa rakyat dan bekerja tidak hiraulah nama apa yang disandangnya, MIC ke DAP ke PKR semua itu tidak penting ,tapi yang penting adalah pemimpin di peringkat akar umbi dan yang menterajui parti tersebut.
yalah,itulah fitrah manusia semua orang macamtu,dah gagal baru nak perbetulkan balik.Takpe,ia adalah sifat yang bagus.Jadi para pemimpin sekalian sedarlah jangan dibutakan dengan wang lalu rakyat diabaikan.
Kita mahukan perubahan dalam UMNO!

No comments:

Post a Comment