Thursday, November 5, 2009

Jenayah perang




Sempena exhbition jenayah perang yang diadakan di PWTC ,ingin saya menulis sebuah artikel berkaitan Jenayah Perang.Biasanya peperangan akan dicetuskan oleh pemimpin apabila berlakunya persengketaan antara umum.Namun apa yang dapat kita lihat di sini adalah peperangan yang berlaku atas dasar ingin menguasai dunia,agama dan memungut hasil mentah.
Peperangan adalah satu peri-laku manusia sejak beribu tahun yang lalu,malah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W pun pernah menyertai peperangan.Ada segelintir masyrakat yang memikirkan bahawa peperangan adalah penamat segala cerita,ada pula yang mengatakan peperangan tidak memberi sebarang faedah.
Ya,peperangan tidak pernah memberi sebarang kebaikan jika dihalusi dari kehidupan manusia sejagat.Kesan buruk yang dicetuskan oleh peperangan terlau banyak berbanding dengan kebaikannya.Dalam peperangan, yang kalah menjadi abu dan yang menang menjadi arang.Kedua-dua pihak membawa kerugian kepada diri sendiri.
Kemusnahan bermaharajalela,trauma seumur hidup,tekanan jiwa dan kecacatan adalah penyakit yang dihasilkan daripada peperangan.Ia bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa malah ia turut memberi kesan kepada pemangsa,kata Tun Mahathir:"Ramai askar-askar mereka menjadi gila dan tekanan jiwa hasil daripada pembunuhan semberono".Sangat ketara di situ bahawa pihak yang memenangi perang itu turut merasai kesan psikologinya juga.
Istilah perang dari fitrahnya hanya melibatkan askar bersama askar.Namun gelombang kemajuan dunia telah melahirkan revolusi senjata hingga tercipta senjata pemusnah yang hebat.
Perang boleh memusnahkan segalanya.Sebuah negara yang padat dengan bangunan boleh menjadi satu padang terkukur.Perang juga tidak mengenali mangsa,jika satu bom digugurkan ia akan meletup secara rawak kepada orang awam,jadi masyrakat yang tidak berdosa juga terlibat jika berlakunya sesuatu peperangan.
Maksud jenayah perang ini adalah perang yang membabitkan orang awam seperti kanak-kanak,orang tua,wanita dan sebagainya.Juga bererti media massa antarabangsa yang memaparkan berita dari sudut positif dan pemimpin dunia yang bersongkol bersama-sama si perang itu.Jika membunuh itu dianggap jenayah bagaimanapula dengan pembunuhan mangsa perang higga mencecah puluhan ribu manusia.
Peperangan yang baik adalah peperangan secara islam,sebelum baginda ingin melancarkan peperangan ,baginda memberi penerangan bahawa kita(umat islam)hanya boleh berperang jika kita dianiya,kita juga tidak boleh membunuh orang tua,kanak-kanak,wanita dan dewasa yang tidak ada kene mengena(yang tidak mengacau kita),juga tidak boleh memusnahkan harta benda ketika peperangan.Subhnaallah mulianya peperangan secara islam.
Hasil daripada peperangan di Iraq juga tidak langsung memberikan sebarang faedah ,konsep keamanan dan kemakmuran yang digagaskan oleh AS terhadap Iraq hanya sebagai janji ayam,ekonomi di iraq merosot secara tidak lansung mengurangkan peluang perkerjaan dan ramai masyrakat iraq yang menganggur diaggarkan lebih separuh masyarakat Iraq.
Apa yang dilalui oleh negara-negara yang menjadi mangsa peperangan seharusnya menjadi pengajaran.Peperangan tidak menjadikan masa depan sebaliknya hanya mengelapkan masa depan sesebuah negara.

No comments:

Post a Comment