Saturday, November 14, 2009

HOT SPOT SPM

Salam satu malaysia,ya anda bersama seorang manusia intan dan kaca iaitu izuan(tuan kepada blog ini)
Umum tahu, bahawa seantero pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM adalah pada rabu bersamaan 18 november 2009.Saya tidak terlepas sebagai salah seorang calon SPM juga.Nescayanya di sini,kertas pertama bagi peperiksaan SPM adalah bahasa malaysia.Ingin saya selitkan di sini satu tajuk yang menjadi sasaran ramalan untuk SPM yang akan kita kecapi pada masa yang singkat ini.
Tajuk yang dipraktikkan adalah tajuk "Sukan".Inti pati tajuk sukan ini saya tidak beberapa ketahui ,Jadi yang menjadi domninon di sini adalah saya hanya akan tulis sebuah artikel yang bertajuk "Langkah-langkah memajukan sukan".jadi terimalah.


Sukan,ia merupakan salah satu tiang sandaran konkrit bagi negara kita disebabkan pencapaianya akan mengharumkan nama negara.Ramai juga dikalangan ahli-ahli cendekiawan negara berpolemikan isu bagaimana hendak memajukan sukan bagi negara kita.

Era modenisasi menyaksikan bahawa telah ramai di kalangan negara antarabangsa bersaing mensofistikatedkan sukan untuk negara masing-masing.Mereka berlumba-lumba melahirkan generasi pelapis dan mengasahkan atlet yang sedia ada.Sinonim juga dengan negara kita ,ramai usaha dilakukan dari seluruh seantero badan-badan kerajaan untuk memacukan peranan sukan dalam negara kita.

Kebelakangan ini juga dapat kita menyaksikan pelbagai variasi yang mengakibatkan runtuhnya prestij sukan negara.Keruntuhanya amat ketara dalam sukan permainan dan olahraga.Hal ini dapat dilihat bahawa bagaimana prestasi bola sepak malaysia yang kecundang dalam sukan Olimpik baru-baru ini.Pihak media massa turut membuat pelbagai program untuk meneliti dan membuat cadangan yang konkrit untuk membantu memajukan sukan negara kita. Maka, ada beberapa tindakan yang boleh dilakukan untuk memajukan semula sukan negara..Pihak yang bertanggungjawab harus mengambil langkah inisiatif untuk memartabatkan sukan negara lantas membuat negara kita antara yang telah menduduki pemacu sukan dunia.

Antara langkah yang komrhensif dilakukan adalah dengan memberi khazanah dan inisiatif bagi atlet yang memenangi sesuatu pertandingan.Hal ini demikian kerana usaha yang dicurahkan oleh mereka tidak setimpal dengan ganjaran yang mereka perolehi..Rentetan itu,Majlis sukan negara boleh menganugerahkan hartanah,saham atau wang kepada mereka yang berjaya.Dengan ini pemain akan diberikan satu suntikan semangat untuk merealisasikan kejayaan untuk negara dan sudah tentu ramai orang akan disemarakan untuk mengambil peluang dalam kerjaya sukan. Selagi tiada inisiatif yang diberikan oleh mereka,selagi itulah sukan negara akan terbantut.

Selain itu,kerajaan perlu melantik jurulatih yang berkaliber untuk melatih ahli sukan negara dalam acara sukan yang begitu mengecewakan pencapaiannya.Kehadiran jurulatih berkaliber ini amat penting kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dalam merangka latihan yang sistematik dan berasaskan sains.Mengambil contoh seperti Datuk misbun sidek seorang jurulatih profesional dan berjaya melahirkan mercu tanda pemain badminton dunia iaitu Datuk lee Chong Wei.Langkah ini merupakan satu langkan yang dominon dan jangan diambil mudah oleh kerajaan.Lantaran itu, mutu sukan negara akan meningkat secara mendadak dengan kehadiran lebih ramai jurulatih berkaliber ini.

Pembinaan kemudahan sukan bertaraf antarabangsa turut dilaksanakan dengan segera kerana kemudahan sebegini memberi banyak kelebihan kepada ahli sukan negara.Wadah yang canggih ,infrastruktur yang moden seperti stadium bola sepak yang besar, kolam renang bersaiz Olimpik dan trek bertaraf dunia menjadikan ahli sukan kita sudah biasa menyesuaikan diri mereka dengan suasana pertandingan yang sudah pasti akan dilakukan di luar negara tetapi dalam stadium atau balapan yang serupa. Latihan yang lebih kerap dan sistematik turut mampu dilaksanakan di kemudahan sukan yang bertaraf dunia ini selain memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mencuba dan menjadi ahli sukan juga. Maka, pembinaan lebih banyak kemudahan sukan akan membuka lebih banyak peluang kepada ahli sukan untuk meningkatkan diri lalu meninggikan kualiti sukan negara.

Bukan sahaja kemudahan sukan ini mampu menyediakan tempat berlatih yang baik tetapi kemudahan sukan ini turut menjadikan negara berpeluang menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah acara sukan dunia. Semua kemudahan yang sudah tersedia ini wajar digunakan oleh kerajaan untuk menawarkan negara menjadi tuan rumah acara bertaraf dunia yang mampu disertai oleh ahli sukan negara juga. Persaingan yang dihadapi tentunya mantap dan ahli sukan negara sudah pasti hebat kerana semua ahli sukan terbaik dunia akan datang ke acara sukan sebegini lalu menjadikan ahli sukan kita lebih baik pada masa hadapan. Oleh itu, mutu sukan negara terus bertambah jika negara menjadi tuan rumah acara sukan bertaraf dunia.

Malahan, kerajaan menerusi persatuan-persatuan sukan boleh mengadakan program untuk membentuk ahli sukan sejak peringkat akar umbi lagi dengan memperkenalkan program-program pemilihan ahli sukan di bangku sekolah kerana antara pemangkin yang mempengaruhi keruntuha prestij sukan negara adalah tiadanya barisan-barisan pelapis.Jadi,untuk mereka yang terpilih ini akan diberi latihan dalam acara sukan tertentu selain menjalani kehidupan seperti pelajar biasa di sekolah untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam aspek pendidikan. Latihan yang bermula sejak mereka masih muda ini sudah pasti memberikan ahli sukan kita satu asas yang kukuh dalam sesuatu acara sukan itu dan hanya perlu digilap sahaja ketika mereka sudah dewasa untuk bertanding secara aktif. Maka, program melatih ahli sukan sejak di bangku sekolah mampu melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru dalam acara sukan di negara ini.


Tuntasnya, mutu sukan negara kita memang berada di tahap yang begitu mengecewakan sehingga rakyat sudah berasa bosan mendengarnya. Keadaan ini memerlukan satu perubahan drastik dalam cara kita melihat sukan kerana tanpa perubahan sebegini sudah pasti tidak akan berlaku perubahan yang dimaksudkan itu. Dalam masa yang sama ahli sukan turut berperanan untuk berusaha lebih gigih dan yakin akan kemampuan sendiri untuk bersaing dengan ahli-ahli sukan dunia yang lain. Slogan "majulah sukan untuk negara" harus dipraktikkan dengan sejelas mungkin.Jika ini tercapai maka negara kita akan "berdiri sama tinggi,duduk sama rendah" bersama negara yang aktif dalam modal sukan.

Akhir kalam,saya berharap agar langkah-langkah yang saya uar-uarkan ini dapat menjadi pengerak untuk kerajaan merealisasikan mutu sukan untuk negara.Jadikan teladan daripada negara-negara maju bagi mengorakan tahap sukan negara ke peringkat antarabangsa.Ia merupakan signifikan yang penting bagi mencapai wawasan 2020 dapat moga-moga dapat kita kecpi bersama.

No comments:

Post a Comment