Saya hairan bin ajaib kadang-kala , ada segelintir manusia yang menjadi lupa daratan apabila dikurniakan segala macam kemewahan dunia,mahupun ilmu pengetahuan yang luas.
Mereka seolah-olah sudah tidak kenal siapanya pencipta setelah didatangi pelbagai habuan duniawi yang mencemari.
Ya,saya juga begitu apabila saya memenangi hadiah Medal anjuran lidice memang pada awalnya saya riak,tapi alhamdulliah semuanya itu hanya berlaku sebentar.Kerana apa yang signifikan di sini adalah Allah yang menentukan kejayaan saya berdasarkan apa yang telah saya usahakan.
Juga ajaib bin hairan di sini seperti seseorang itu mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan contohnya dia berkata itu adalah takdir.Ingin saya ketengahkan di sini bahawa kita sebagai manusia boleh mengubah takdir itu.
cara untuk mengubahnya ? USAHA .Kalau tidak ada sebarang usaha memang takdir lah gagal peperiksaan kalau ada usaha insyallah lulus.Macam tu je,takdir berada di depan kita dan usaha berada di tengah-tengah.untuk mengubah takdir perlu USAHA.
renung-renungkan dan selamat beramah.minda Izuan Mohamad Sobri
Inilah lukisan karya saya yang membolehkan saya menjuarai pingat untuk negara,bagaimana saya mencapai takdir untuk menang ini ? Izuan: USAHA USTAZ ! haha
Wednesday, November 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam... tahniah, teruskan menulis...
ReplyDelete