Wednesday, December 16, 2009

Nostalgia yang berlalu

SPM baru sahaja ditiup angin.Doa-doa ia merupakan SPM yang julung kali terakhirnya buat si penulis.Kenangan ini terpaut di hati,terkenang di fikiran dan terbayang di mata.Aksi gelak ketawa mana mungkin ku lupakan sambil memikirkan apa yang akan aku kecapi bersama kawan-kawanku ketika berusia umur 25. Nama nama yang sering kedengaran mungkin akan berubah nama di masa hadapan .Muka-muka yang mewujudkan kasih sayang kini terasa jurangnya .Nostalgia cinta pertama mana mungkin dapat ku lupakan sewaktu persekolahan.Memori manis lebih bertimbun dari yang pahit,seronok sentiasa bersama mereka.Keakraban di masa dulu makin lama makin renggang,muka-muka yang membahagiakan makin pudar kelihatan di segenap bayangan Berjumpa bersama rakan-rakan yang dikenali sejak kecil ,melihatnya membesar bersama dan kini mahu tidak mahu terpaksa berpijak di jalan berlainan.Kawan-kawan yang kekal harap dapat terus dikekalkan manakala yang tiada jodoh moga-moga bahagia di sini mahupun di akhirat.Penulis ingin mengungkap perasaan sedih kerana waktu sekolah adalah waktu mengembirakan buat si penulis dan hakikatnya terpaksa dilepaskan bagaikan melepaskan kuku dengan kulitnya.

sajak -Izuan Mohamad Sobri-
Bentar,adakah ini sajak ?

No comments:

Post a Comment